Monday 1 July 2013

we design & build furniture..^_^


other information, please call 019-3799395 Zamel  



DILEMA DAPUR SEMPIT & INSPIRASI DAPUR BAJET BAWAH RM 6000

berhadapan dengan ruang dapur yang sempit sering membingungkan para pemilik rumah. Agak terhad untuk menyusun atur sebagaiimana yang di ingini. Perancangan untuk memasukkan semua elemen hiasan dan juga ruang tambahan sukar untuk dilaksanakan. Dan tidak semestinya ruang dapu yang sempit tidak boleh di hias indah tampak keselesaan.

Selain dari masalah keluasan , kekangan bajet juga membantutkan keinginan untuk medapatkan sebuah dapur yang lengkap dan indah.

ASPEK REKA BENTUK DAPUR SEMPIT
   
work triangle
kenali apa itu work triangle di ruang dapur (segi tiga kerja) iaitu dapur mempunyai tiga pusat kerja utama initu sinki, tempat memasak dan peti ais. Secara ergonomiknya jarak antara mana-mana dua pusat kerja utam ini hendaklah tidak melebihi dua meter atau bersamaan 6 kaki.

warna yang sesuai untuk dapur sempit



dapur yang pratikal bukan sahaja efisien kepada keperluan ruang pengguna tetapi mestilah menyediakan keselesaan daripada segi keperluan persekitaran daripada kompisisi warna. Dapur yang gelap dan kelam akan menampakkan kemurungan dan tidak ceria. Ini akan mendatangkan ketidak selesaan kepada pengguna dapur. Warna yang sesuai untuk ruang yang sempit ialah menggunakan warna yang cerah tona warnanya boleh merakamkan meluaskan ruang didapur.

Bukan itu sahaja, pemilihan warna cerah terlalu banyak untuk dapur yang sempit akan memudakan dapur pulak cepat kotor. Oleh itu, pemilihan mesti sesuai pada keseluruhan ruang. Kombinasi warna yang sesuai pada dinding, kabinat dan meja makan harus di buat dengan bijak bagi melahirkan skema warna yang menarik.Sokongan daripada sumber pencahayaan, sumber lampu aksesori, sumber pencahayaan semula jadi dapat membantu memberi kesan kepada keluasan ruang dapur.
                                                     pencahayaaan dari bawah kabinet