Thursday 31 October 2013

apa kata pereka tentang reka bentuk dapur yang sempit


PELAN 1 : memanjang pada satu dinding ( i shape)

Susun atur begini tidak memerlukan konsep kerja segitiga. Pergerakan secara linear dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Untuk memastikan ruang kerja tidak diganggu , rancang keperluan dapur di bawah kaunter top seperti peti sejuk, ketuhar dan lain-lain keperluan dapur.
                                           contoh gambar kabinet dapur yang berbentuk i shape

PELAN 2 : dapur memanjang pada dua dinding

susun atur dapur begini di rujuk sebagai 'dapur koridor' dapur memanjang pada dua dinding ini mengandungi dua dinding dengan kabinet dapur dan kelengkapan dapur menghadap antara satu sama lain.
Elakkkan daripada meletakkan pei sejuk berdekatan dengan dapur memasak kerana perbezaan suhu akan menyebabkan berlaku kerosakan dan membahayakan keselamatan.

Keperluan ruang anatra dua kabinet dan kaunter kerja mestilah tidak boleh kurang daripada 1050 mm (40 inci). keperluan minimum ini membolehkan orang lalu lalang dengan selesa dan keselesaan menggunakan perlatan dapur.

No comments:

Post a Comment